Wednesday, June 15, 2011

Akhirnya selesai- Alhamdulillah

Salam....hai semua... setelah pening memikirkan keputusan sama ada terima atau tak..maka hari ni aku dengan muktamadnya menerima tawaran tu....dan aku harap keputusan yang dibuat ini adalah yg terbaik...setelah meminta pandangan daripada beberapa pihak seperti kakak aku,adik2 aku, kawan2 aku....akhirnya aku dengan sedikit berat hati meresignkan kerja sekarang neh untuk menggantikan tawaran yang lain. pagi2 lagi setibanya di pejabat, aku meminta pendapat daripada k3, she told me that I should accept the offer,...jangan pkr pasal orang lain...so dengan pantas dan tangkasnya aku dengan bantuan k3 pon mengarang la surat cinta perletakkan jawatan untuk dihantar kepada HR department. Mula2 aku bagitahu abg nik pasal tawaran ini... dia pon setuju aku terima.. dia juga tolong aku bagitahu dekat yusof..  dan aku pon hantarla surat tu dekat assistant yusof , cik wani...  selepas itu selesai la. sebab bukan apa, pejabat aku tu, untuk meletakkan jawatan perlu bagi notis sebulan, untuk staff yang dalam tempoh percubaan lagi la.. yang staff dah lama mereka kena bagi notis 3 bulan...lama kan. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Doakan aku berjaya dalam apa yang aku ceburi.







psss: sengaja menulis perkataan penuh. untuk menghargai BM. akan tetapi, macam tidak kena sahaja susunan tatabahasanya...huhuhu

selamat malam

No comments:

Post a Comment